MENU UTAMA

Selasa, 3 Julai 2012

Etika Penggunaan Internet

Etika Penggunaan Internet

Objektif Kod Etika:
1. Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer

2. Memahami prinsip etika komputer

3. Memahami etika profesional Teknologi Maklumat

4. Mengetahui fungsi kod etika profesional

5. Keperluan etika komputer

·         ETIKA
  • ·         PRINSIP
  • ·         RUKUN ETIKA
  • ·         ISU ETIKA
  • ·         CIRI PROFESIONALISME
  • ·         KOD ETIKA
  • ·         KERANGKA KOD
  • ·         KOD ETIKA PROFESIONAL
  • ·         PENUTUP

  •  Prinsip
1. Keseimbangan
Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.

2. Keizinan termaklum
Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.

3. Keadilan
Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih. Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.

4. Meminimumkan risiko
Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya.

  • Etika
*  Etika komputer umumnya ialah satu bidang tentang penggunaan komputer yang 
    betul (panduan)
*  Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian 
    adalah antara isu/dilema  yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam 
    era maklumat.    
*  Penggunaan TM + tidak bertanggungjawab = isu etika/natijah

  • Rukun Etika
1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.
7. Tidak menggunakan sumber daripada computer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

  • Isu Etika
1. Tidak nampak kesan dan masalah moral dari aspek sosial pengkomputeran.
2. Pengetahuan dan penggunaan yang kurang mendalam dalam komputer berbanding 
    dengan mereka yang sememangnya dalam bidang pengkomputeran.
3. Kurang arif tentang undang-undang siber.
4. Orang awam tidak menerima impak yang hebat apabila berlaku isu berkaitan 
   dengan etika  komputer.
5. Kurangnya pendedahan dalam pengaruh, kegunaan dan kuasa yang ada pada komputer.

  • Ciri Profesionalisme
1. Harus ada pekhidmatan penting dalam matlamat yang jelas untuk masyarakat 
    dan negara.
2. Menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa menjalankan tugas.
3. Mendapat latihan yang khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas pekerjaan 
    itu dalam jangka  masa tertentu.
4. Harus ada kuasa autonomi semasa menjalankan tugas kerana anggota dalam 
    sesuatu kumpulan profesional itu  ialah pakar dalam bidang tertentu.
5. Mementingkan mutu perkhidmatan dan dedikasi dengan tidak mementingkan 
    keuntungan wang  (gaji) semasa menjalankan tugas.
6. Mempunyai tatasusila perkhidmatan yang harus dipatuhi oleh setiap anggota 
   dalam kumpulan profesion itu.

  •  Kod Etika
1. Inspirasi dan panduan.
2. Pencegahan dan disiplin.
3. Memelihara maruah profesion.
4. Memelihara keharmonian.
5. Sokongan.

  • Kerangka Kod Etika
1. Kebersendirian
2. Ketepatan
3. Hak milik
4. Capaian

  • Kerangka Kod Etika: 1:  Kebersendirian
1. Apakah maklumat tentang seseorang yang boleh atau perlu diberitahu atau  oleh 
    orang lain.
2. Apakah jenis pengawasan yang boleh dilakukan oleh majikan ke atas kaki tangan.
3. Apakah perkara yang boleh disimpan secara peribadi yang tidak boleh dipaksakan 
    untuk dimaklumkan kepada pihak lain.
4. Apakah maklumat tentang individu yang perlu disimpan dalam pangkalan data. 
    Sejauh manakah selamatnya maklumat tersebut?

  • Kerangka Kod Etika: 2:  Ketepatan Maklumat
1. Siapa bertanggungjawab tentang ketulenan, kesetiaan, ketepatan maklumat yang 
    dikumpul.
2. Bagaimana memastikan meklumat diproses dengan sempurna dan dipersembahkan 
    dengan tepat kepada    pengguna?
3. Siapa yang dipertanggungjawabkan bagi ralat dalam maklumat, bagaimana pihak 
    yang terjejas boleh dipampas?

  • Kerangka Kod Etika: 3:  Hak Milik
1. Siapa memiliki maklumat
2. Apakah harga yang adil dan berpatutan sebagai pertukaran maklumat.
3. Bagaimana mengendalikan cetak rompak perisian yang dilindungi hak cipta.
4. Bilakah seseorang boleh menggunakan pangkalan data yang mempunyai hak 
    milik.
5. Bolehkah komputer korporat digunakan untuk tujuan peribadi.
6. Bagaimana pakar yang menyumbang ilmu pengetahuan untuk mencipta sistem 
    pakar harus diberi pampasan.
7. Bagaimana akses kepada saluran maklumat diperuntukkan.

  • Kerangka Kod Etika:  4:  Capaian
1. Siapa yang dibenarkan mengakses maklumat.
2. Berapa bayaran perlu dikenakan kerana membenarkan capaian maklumat.
3. Bagaimana capaian kepada komputer disediakan kepada kaki tangan yang 
    tidak berupaya.
4. Siapakah yang diberi peralatan yang diperlukan untuk mencapai maklumat.
5. Adakah hak yang dimiliki oleh individu atau organisasi untuk mendapat 
    keistimewaan memperoleh maklumat dan di bawah keadaan apa dan jaminan apa?

  • Kod Etika Profesional
1. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan 
    virus.
2. Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang 
    memudahkan penggunaan berkomunikasi.
3. Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya
4. Bersikap adil dan tidak menindas.
5. Menghormati hak cipta orang lain.
6. Menghormati hak kebersendirian orang lain.

Sumber  :  Modul PGSR dan 
Lokman Abd Wahid, IPG Kampus
Bahasa Melayu
lokmanibmm@yahoo.co.uk


Tiada ulasan:

Catat Ulasan