MENU UTAMA

Sabtu, 11 Ogos 2012

Tip Enjin Carian

Ia merujuk kepada ketepatan maklumat yang diperolehi dalam masa secepat mungkin.
Enjin carian Google dibina dengan kaedah cariannya yang cekap dan pantas.

Cara-cara mendapatkan carian maklumat yang tepat dan pantas:
1. Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian
yang dibuat.

2. Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian. Fungsinya adalah
untuk memperkecilkan lagi skop carian.

3. Penggunaan tanda pengikat kata (" ") bagi mendapatkan kata kunci yang lebih
bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut. Ia tidak akan
mencari maklumat secara umum yang berkaitan dengan kata kunci yang dicari.

Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian perkataan, "Membujur
lalu melintang patah".

4. Pengunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebanyakan enjin carian tidak
membezakan sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil, huruf
besar dan yang berada dalam pengikat kata.

5. Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan. Ini kerana
kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan kebiasaan yang
digunakan dalam ayat untuk bahasa Inggeris seperti :
and, a, the, an, is dan lain-lain.
Pengunaan tanda seruan juga akan diabaikan.

6. Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian.

7. Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang mempunyai
imbuhan perkataan seperti balls, tested, walking dan lain-lain.
Lebih baik menggunakan perkataan asas ball, test, walk dan lain-lain.

8. Penggunaan Browser History atau fungsi sejarah dalam pelayar web seperti Internet
Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.

9. Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian. Sekiranya
dalam masa tertentu, masih belum menjumpai maklumat yang dicari,
kita perlu ada kaedah atau perancangan yang lain seperti berikut:-

Penggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
Membuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.
Menggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.
Membuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
Bertanyasoalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan.

10. Perincikan carian maklumat yang dibuat. Terdapat beberapa simbol yang
boleh diguna pakai dalam carian bagi menambahkan kespesifikan
carian dan mengurangkan skop carian. Ia dapat mengurangkan paparan
maklumat yang tidak sesuai. Di antaranya adalah seperti berikut:-

* Tanda tambah ( + )

* Tanda aliran ( ~ )
.
*Tanda asterik ( * )

* Tanda atau ( OR ) atau ( | )

* Julat penomboran -

* Penggunaan carian pintar atau Advanced Search yang mempunyai
banyak pilihan dan kriteria untuk mengecilkan lagi skop carian
seperti tarikh, negara, bahasa dan lain-lain.

Penggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan