MENU UTAMA

Selasa, 28 Ogos 2012

REFLEKSI

Pembinaan blog merupakan suatu perkara yang baharu dan asing bagi saya. Sebelum ini saya hanya melihat  blog-blog kepunyaan orang lain yang pelbagai bentuk dan kebanyakannya begitu cantik dan menarik pada pandangan saya. Saya tertanya-tanya bagaimana mereka melakukannya????? Setelah mendapat input daripada pensyarah dan melayari blog  tutorial cara membina blog, saya mula membina blog saya sendiri.  Agak sukar mulanya untuk saya  memahaminya. Berulangkali saya cuba untuk membina blog dengan berpandukan tutorial cara membina blog. 
Saya kemudiannya bertanya dengan rakan sekerja untuk membina tapak yang bersesuaian dan membuat link dalam blog saya. Hasil tunjuk ajar , saya mula melakukan  saya berjaya membina blog saya sendiri yang saya rasa menarik juga dan boleh saya banggakan. Saya juga turut melihat blog kepunyaan orang lain untuk tujuan penambahbaikkan.  Hingga kini saya masih lagi belajar melalui tutorial dalam internet dan melalui rakan sekerja untuk menambah baikkan blog saya.
   Saya amat berbangga dengan hasil kerja saya walaupun ianya tak seberapa. Insyaalah, saya akan membuat penambah baikkan blog saya dari semasa ke semasa agar ianya dapat dimanfaatkan oleh saya dan orang lain.  Kini, saya juga mulai tahu bagaimana untuk menggunakan blog untuk tujuan pembelajaran.
Saya amat seronok mempelajari TMK kerana pada pendapat saya, terdapat pelbagai input berguna yang boleh digunakan oleh saya sebagai seorang guru dalam mendidik anak bangsa.  Terima kasih kepada pensyarah dan rakan-rakan atas segala tunjuk ajar.
Saya harap saya akan dapat belajar dan memperoleh pelbagai ilmu berguna sepanjang saya mengikuti sesi pembelajaran BMM 3105 ini agar saya dapat menggunakannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya terutama pengajaran dalam kelas. Insyaallah....
Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan