MENU UTAMA

Ahad, 28 Oktober 2012

PENGAYAAN


Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Tujuan program pengayaan ialah untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman di samping mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.
                                                                         OBJEKTIF PENGAYAAN                                                            
1. Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran bagi 
    memperluas pengetahuan dan pengalaman.
2. Menjalani kegiatan-kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar.
3. Menimbulkan minat untuk pembelajaran kendiri dan menanam sikap berdikari.
4. Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta boleh menilai hasil kerja sendiri.
5. Memupuk dan memperkembang asas kepimpinan.
6. Menggunakan masa lapang secara yang berfaedah mengikut keperluan minat dan bakat.
7. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai bahan 
    dan sumber pengetahuan.

                                                                         MURID PENGAYAAN                                                                  
1. Mereka yang berkeupayaan dalam kemahiran 3M serta berkemampuan dalam daya 
    pemikiraan abstrak. Mempunyai kemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan 
    antara yang penting dengan yang kurang penting seperi dalam kefahaman dan dapat 
    menganalisis teks.
2. Mempunyai kelebihan koordinasi pancaindera dengan pemikiran,pengamatan, pendengaran 
    dan pertuturan.
3. Berupaya menerima konsep-konsep baru, boleh mengingat kembali, cerdas serta 
    berpengalaman tentang alam keliling.
4. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan boleh bertindak balas dengan bebas serta kreatif.
5. Berkebolehan belajar sesuatu dalam waktu yang terhad. Darjah kecerdasan yang tinggi 
    berbanding dengan rakan sebaya yang lain.

                                                                 PRINSIP PROGRAM PENGAYAAN                                               

1. Memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental.
2. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri.
3. Menggunakan daya usaha sendiri
4. Memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial
5. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah
6. Melibatkan pembacaan luas

                                                   Strategi pelaksanaan Aktiviti Pengayaan.                                               

1. Kumpulan Mengikut Kebolehan
Kelas dibahagikan kepada tiga kumpulan: cerdas, sederhana danlambat. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan denganmenggunakan kemahiran yang sama tetapi kadar kesukaran yangberbeza

2. Aktiviti Pengayaan berjalan serentak dengan aktiviti pemulihan.
Semasa murid-murid cerdas dan sederhana menjalankan aktivitipengayaan, murid-murid lambat menjalankan aktiviti pemulihan.
Arahan yang diberikan kepada kumpulan cerdas dan sederhana perlujelas agar mereka dapat menjalankan aktiviti pengayaan secara individu tanpa bimbingan guru. Guru boleh memberi perhatian atau membantu murid-murid lambat menjalani aktiviti pemulihan.

3. Aktiviti Pengayaan melalui kumpulan pelbagai kebolehan
Murid-murid cerdas akan dilatih membantu murid-murid lambatmenjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan Murid-murid cerdas dapat menambahkan pengalaman memimpin dan memupuk semangat kerjasama antara murid dalam kumpulan masing-masingCara ini amat sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berlainan dalam masayang samaAntara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: kerja projek, permainan dan rekreasi dan sebagainya

                                                                 Pengelolaan Aktiviti Pengayaan                                                   
Aktiviti pengayaan boleh dijalankan berdasarkan;

1. Pilihan Murid
a. Aktiviti pengayaan dijalankan secara tidak formal, iaitu guru hanyalah sebagai pendorong dan penggalak kepada murid-murid untuk memilih dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan

b. Bagi murid cerdas dan sederhana, bimbingan khusus daripada gurukurang diperlukan kerana kebanyakan aktiviti pengayaan yang diberi adalah berbentuk belajar sendiri. Justeru, untuk memudahkanpengelolaan bilik darjah, guru bolehlah memberi bimbingan kepadamurid yang lambat.

c. Memandangkan murid-murid lebih senang berinteraksi dan belajardengan rakan-rakan sebaya, guru bolehlah pada masa tertentu mendapatkan bantuan daripada murid-murid yang cerdas bagi membantu murid-murid yang lambat menjalankan aktiviti mereka sama ada secara individu atau berkumpulan. Cara ini bukan saja berfaedah kepada murid-murid yang lambat tetapi juga berfaedah kepada murid-murid cerdas kerana secara tidak langsung pengetahuan dan pengalaman mereka bertambah. Di samping itu bakat kepimpinannya dapat dikembangkan di samping memupuk semangat kerjasama dikalangan murid.

d. Setelah murid-murid selesai menjalani sesuatu aktiviti yang diberikan, hasil kerja mereka hendaklah diberi penghargaan, misalnya dengan cara mempamerkan hasil kerja mereka atau mengadakan perbincangan kelas.

2. Pilihan Guru
Biasanya aktiviti-aktiviti ini dijalankan secara formal untuk semua murid mengikut peringkat keupayaan mereka. Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam buku teks atau buku panduan khas yang ditetapkan. Ia hendaklah dijalankan selepas murid-murid diberi aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran. Aktiviti-aktiviti ini adalah untuk membantu murid-murid mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.

                                                               Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan                                                    

Aktiviti-aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan:  
1. Dalam masa yang telah ditentukan setiap hari.
2. Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran
3. Selepas menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan kemahiran
4. Selepas menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran

                                                               AKTIVITI-AKTIVITI PENGAYAAN                                                       

1. Bacaan Tambahan
 • Kad-kad bacaan mengikut tajuk dan tema
• Buku pengetahuan dan cerita kanak-kanak
• Majalah pelajar
• Surat khabat / keratan
• Risalah-risalah

2. Kerja-kerja Projek
 • Lawatan
• Melapor Peristiwa
• Menulis Cerita
• Membuat Zoo Mini Sekolah
• Mengumpul setem, gambar, keratan akhbar – Buku Skrap
• Mengadakan pameran bilik darjah
• Minggu Bahasa [ Kuiz, Teka Silang Kata ]
• Teka Silang Kata
• Teka Benda
• Teka Teki
• Mencari Jalan Keluar
• Menyambung Titik
• Mencari tajuk kepada sesuatu gambar / cerita
• Mencari benda tersembunyi
• Meneka bunyi
• Dam
• Catur
• Sahiba
• Bingo
• Ular dan Tangga
• Jigsaw Puzzle
• Bermain bentuk geometri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan