MENU UTAMA

Sabtu, 22 September 2012

Bagaimana Menggunakan Enjin Carian

Senaraikan 4 pautan lain berkaitan cara guna enjin carian (Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris).

 Tutorial Mencari Maklumat Menggunakan Enjin Carian Internet
Contoh : Google, Yahoo dll

Bab 1

Apakah itu enjin carian?
Enjin carian [search engine] ialah sistem yang dibangunkan bagi membantu kita untuk mendapatkan maklumat dalam sebuah komputer, dalam sebuah jaringan besar seperti World Wide Web, rangkaian kecil seperti LAN atau dalam komputer peribadi. Tetapi selalunya enjin carian ini dikaitkan dengan internet, mencari sesuatu maklumat dalam internet menggunakan enjin carian.

 Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web, kata kunci atau frasa. Cara enjin carian ini berfungsi ialah apabila anda menaip kata kunci seperti “perniagaan” pada Google, Yahoo atau MSN, maka enjin carian akan mencari maklumat berpandukan pada kata kunci yang dimasukkan. Semua laman web yang menggunakan kata kunci “perniagaan” akan dipaparkan.
Tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.
Anda jangan keliru, servis carian internet ini terbahagi kepada 2 kategori :
1. Directori [web directori]
2. Enjin pencarian

Web Direktori
Pangkalan data diselenggara oleh manusia. Pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia.

Enjin Pencarian
Enjin carian merupakan sebuah pengkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci  atau frasa.  Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain.   Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.

Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.

Contoh alamat pembekal maklumat internet:

Logo/Simbol Enjin Pencari
Jenis Enjin Pencari


Google

Mozilla Firefox

                   
Internet Explorer
                     
msn       
                        
Yahoo
Bab 2
Di dalam bab 2, kita akan mempelajari tentang cara-cara penggunaan enjin carian iaitu mencari maklumat di internet menggunakan enjin pencari.

Enjin Carian ialah suatu enjin pencari yang mencari apa saja maklumat yang dikehendaki atau diperlukan menerusi internet dengan hanya memasukkan kata kunci (keyword) pada kotak „Web Search‟ yang terdapat pada web enjin pencari tersebut. Untuk menggunakan enjin carian seperti Yahoo, Google , Mozilla dan sebagainya, double klik pada ikon ‘Internet Explorer’ pada laptop anda.

2.  Setelah double klik, laman web Yahoo! akan dipaparkan kerana laman web ini telah disetkan sebagai default page. Jika anada ingin menggunakan enjin carian yang lain seperti „Google‟, hanya taip www.google.com.my pada address bar seperti ditunjukkan dibawah:


3.  Setelah anda menaip www.google.com.my pada address bar tersebut,kemudian tekan ‘Enter’.
Anda akan dapati laman web Yahoo! akan berubah kepada „Google‟ seperti contoh di bawah:



Bab 3
Seterusnya kita pelajari bagaimana cara untuk menggunakan enjin carian tersebut.

1. Cara-cara untuk menggunakan enjin carian ialah dengan memasukkan kata kunci (keywords) atau perkataan apa yang hendak dicari oleh anda. Sebagai contoh, jika anda ingin mencari resepi , taipkan resepi pada kotak „Web Search‟, kemudian tekan  Enter‟ pada papan kekunci.

2. Setelah tekan „Enter‟, anda akan dapati pelbagai tajuk resepi yang dipaparkan. Anda hanya pilih mana-mana resepi yang dicari oleh anda dan klik pada tajuknya. Sebagai contoh klik pada

1. Mesra.net - Resepi - 6000+ Malaysian Recipes



3. Anda akan dapati laman web „Mesra.net‟ dipaparkan setelah anda klik pada 1. Mesra.net - Resepi - 6000+ Malaysian Recipes seperti yang dipaparkan pada gambarajah di bawah


Bab 4
Dalam Bab 4 , kita pelajari bagaimana untuk kembali ke halaman sebelumnya menggunakan ikon „Back‟

1. Jika anda ingin kembali ke halaman sebelumnya, anda cuma klik pada butang „Back‟ seperti ditunjukkan di atas. Jadi ia akan kembali semula ke halaman sebelumnya seperti di gambarajah bawah iaitu dari laman web Mesra.net kembali kepada laman enjin carian Yahoo!

Bab 5
Seterusnya, di dalam bab 5, kita akan pelajari mengenai 6 jenis carian yang kita boleh pilih iaitu Web,Images,Video,Local,Shopping dan more.. 

1. Di atas kotak carian (search box) terdapat 6 jenis carian yang kita boleh pilih iaitu Web, Images, Video, Local, Shopping dan more. Ia bermaksud jika anda ingin mencari website berkenaan dengan resepi, pilih „Web‟ iaitu klik pada web untuk mencari laman web berkenaan dengan resepi, sekiranya anda cuma mahu imej atau gambar sahaja tanpa artikal mengenai imej tersebut klik pada „Images‟, maka ia hanya paparkan gambar sahaja. Lihat contoh di bawah

2. Sebagai contoh, jika anda hanya ingin mencari gambar sahaja, klik pada „Images‟ dan seterusnya antaramuka seperti di bawah akan dipaparkan . Jadi itu adalah antara kegunaan 6 jenis carian yang terdapat pada atas kotak search itu.

3.  Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video
dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet.

Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com 
Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video
yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube
downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.
Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang
diperlukan.

Sumber Rujukan:
 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan