TEMA | KEBUDAYAAN | ||||
TAJUK | Kuih Oh Kuih! | ||||
FOKUS UTAMA | Standard Kandungan Standard Pembelajaran | 2.6 2.6.1 | Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca. Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan. | ||
FOKUS SAMPINGAN | Standard Kandungan Standard Pembelajaran | 1.4 1.4.4 | Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila. Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. | ||
OBJEKTIF |
| ||||
PENGISIAN KURIKULUM | KBT: Kecerdasan Pelbagai, Kontekstual, EMK: Kreativiti dan Inovasi | ||||
SISTEM BAHASA | i. Ilmu: Kajian Tempatan, Sains ii. Nilai : Rajin,keyakinan diri, kerjasama, bersyukur | ||||
MEDIA | kad perkataan, kad gambar | ||||
PENGETAHUAN SEDIA ADA | Murid pernah melihat dan makan pelbagai jenis kuih tradisional |
Langkah | Isi Pelajaran | Aktiviti | Catatan |
SET INDUKSI (5 MINIT) | Media- Bahan maujud Daun pandan Soalan Guru: 1) Siapa yang boleh beritahu , apakah nama daun yang telah kamu pegang tadi? Jangkaan jawapan (daun pandan) 2)Apakah kegunaan daun ini? Jangkaan jawapan (Membalut kuih ) 3) Bagaimana cara menggunakan daun ini? Jangkaan jawapan: Rebus / tumbuk | 1. Murid diperlihatkan sejenis daun yang biasa dilihat . 2. Murid diberi peluang untuk memerhati, memegang dan menghidu bau daun tersebut. 3. Murid bersoal jawab tentang daun tersebut dan kaitannya dengan kuih tradisional. | Ilmu:Sains Nilai: menghargai, bersyukur EMK: Kreativiti dan inovasi (Fasa Persediaan) |
LANGKAH 1 (10 MINIT) | Lampiran 1 ‘Lagu Kuih Tradisional’ Kad perkataan Kuih bahulu Kuih karipap Kuih buah melaka Kuih keria Kuih lempeng Kuih koci Kuih lepat Lampiran 2 Gambar Kuih | 1. Murid diminta mendengar lagu ’Kuih Tradisional’ untuk kali pertama dengan penuh perhatian. 2. Murid diperdengarkan lagu ’Kuih Tradisional’ untuk kali kedua dan diminta mencatatkan nama-nama kuih pada kertas yang diedarkan 3. 8 orang murid diminta menyebutkan nama- nama kuih yang telah dicatatkan dan memilih nama kuih yang disebut dari atas meja guru dan menampalnya pada papan tulis. 4. Murid diminta menyebut nama kuih yang ditampalkan sambil diperlihatkan dengan gambar kuih yang sebenar. 5. Murid mendengar dan mengikut guru menyebut cara bagaimana kuih yang disebutkan itu dimasak sama ada goreng, rebus, bakar atau kukus . | Nilai- berhati-hati Ilmu – Dunia Muzik EMK: Kreativiti dan inovasi (Fasa Imaginasi) KBT: Kemahiran Berfikir Kemahiran mendengar BBM: Kad perkataan Komputer Riba CD Lagu |
LANGKAH 2 (15 MINIT) | Lampiran 3 Seni kata lagu Nama-nama kuih Lampiran 4 Latihan nama kuih. | 1. Murid dibimbing membaca seni kata lagu yang dipaparkan. 2. Murid membaca senikata lagu secara individu dan kumpulan dengan sebutan yang betul. 3. Murid dibimbing menyanyikan lagu ’Kuih Tradisional’ berpandukan seni kata lagu yang dipaparkan. 4. Murid diminta membaca secara bergilir-gilir nama- nama kuih yang telah dicatat dengan sebutan yang betul dan mengkategorikannya dalam kumpulan kuih manis atau pedas. | Ilmu: Pend.Muzik Nilai: kerjasama EMK: Kreativiti dan Inovasi (Fasa Perkembangan) BBM: Komputer Riba LCD |
LANGKAH 3 (15 MINIT) | Aktiviti perbincangan kumpulan Jangkaan jawapan Kuih dalam bentuk lain: Kuih lempeng, kuih keria - Empat segi Keria Buah Melaka – bentuk panjang Kuih rasa lain: Jangkaan jawapan Keria pedas Lempeng pedas Karipap manis | 1.Murid membaca semula nama-nama kuih dalam seni kata lagu yang dipaparkan oleh guru. 2. Murid dalam kumpulan kecil berbincang nama kuih lain selain daripada kuih yang terdapat dalam petikan lagu dan memikirkan cara mengubah suai rasa atau bentuk kuih mengikut kreativiti mereka. 3. Wakil kumpulan murid membentangkan hasil kerja kumpulan mereka. 4. Murid mendengar guru merumuskan bahawa setiap kuih tradisional boleh diubah suai mengikut cita rasa. Namun mungkin orang tidak biasa akan rasanya | Kaedah kumpulan Ilmu: Kajian Tempatan, Matematik Nilai:Keyakinan diri, kerjasama EMK: Kreativiti dan inovasi (Fasa Tindakan) KBT: Kemahiran berfikir, menjana idea |
LANGKAH 4 (20 MINIT) | Lampiran 4 Lembaran kerja Power point kad suku kata Le + pat ko + ci ka + ri + pap ke + ri + a | 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut kebolehan iaitu murid cerdas dan murid pemulihan untuk tujuan pengayaan dan pemulihan. 2. Murid diberikan soalan Latihan . 30 orang 1. Murid membaca frasa- frasa yang terdapat dalam lembaran kerja yang diberi. 2. Murid mengkategorikan cara- cara jenis kuih dimasak. Pemulihan = 5 orang 1. murid dibimbing membaca dan mengeja nama- nama kuih mengikut suku kata. 2. Murid dibimbing untuk menulis perkataan pada lembaran kerja Pengayaan = Murid yang telah siap akan diberi soalan pengayaan iaitu permainan mencari perkataan nama kuih | Ilmu: Kajian Tempatan Nilai:Keyakinan diri KBT: BCB KB-menjana idea Lampiran 5 Pemulihan Power point, kad sukukata lembaran kerja Ilmu: Kajian Tempatan Nilai: Rajin KBT: BCB Lampiran 6 Latihan pemulihan Lampiran 7 Pengayaan Lembaran kerja Ilmu: Kajian Tempatan Nilai: berdikari KBT: BCB KB-Menjana idea |
PENUTUP (5 MINIT) | Power point Lirik lagu ‘Kuih tradisional’ | Murid menyanyikan lagu Kuih Tradisional dengan mengikut lirik lagu dan iringan muzik. | BBM: senikata lagu Nilai- kerjasama KBT: Kecerdasan peibagai-Muzik, Visual ruang. BBM Komputer Riba LCD |
Lampiran 1
“Kuih Oh Kuih”
Ibuku rajin buat kuih
Bermacam-macam jenis kuih
Bahulu, karipap, buah melaka
Bolehku makan sekeluarga.
Kuih, kuih, kuih, kuih, kuih, kuih 2X
Keria, lempeng, koci, lepat
Marilah kawan, mari dekat
Rasalah kuih yang beraneka
Pasti kawan semua akan suka
Melodi : Papaku Pulang Dari Kota.
Tahniah... mohon share cikgu.. terima kasih
BalasPadam