| TEMA | KEBUDAYAAN | ||||
| TAJUK | Kuih Oh Kuih! | ||||
| FOKUS   UTAMA | Standard Kandungan Standard Pembelajaran | 2.6 2.6.1 | Membaca   pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat   membaca.  Membaca   pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan   kelancaran bacaan.  | ||
| FOKUS   SAMPINGAN | Standard Kandungan Standard Pembelajaran | 1.4 1.4.4 | Bertutur,   berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai   sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.  Bertutur   dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara   dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.  | ||
| OBJEKTIF | 
 | ||||
| PENGISIAN   KURIKULUM | KBT:   Kecerdasan Pelbagai,  Kontekstual, EMK:   Kreativiti dan Inovasi | ||||
| SISTEM   BAHASA | i.  Ilmu:    Kajian Tempatan, Sains ii.   Nilai : Rajin,keyakinan diri, kerjasama, bersyukur  | ||||
| MEDIA | kad   perkataan, kad gambar  | ||||
| PENGETAHUAN   SEDIA ADA | Murid   pernah melihat dan makan pelbagai jenis kuih tradisional | ||||
| Langkah | Isi Pelajaran | Aktiviti | Catatan | 
| SET INDUKSI (5 MINIT) | Media-    Bahan    maujud    Daun   pandan  Soalan   Guru: 1)   Siapa yang boleh           beritahu , apakah      nama daun yang      telah kamu      pegang tadi? Jangkaan   jawapan  (daun   pandan)  2)Apakah   kegunaan daun ini? Jangkaan   jawapan (Membalut   kuih ) 3) Bagaimana cara      menggunakan      daun ini? Jangkaan   jawapan: Rebus /   tumbuk | 1.   Murid diperlihatkan      sejenis daun yang      biasa      dilihat . 2.   Murid diberi peluang      untuk memerhati,      memegang dan      menghidu bau daun      tersebut.  3.   Murid  bersoal jawab      tentang daun      tersebut dan     kaitannya dengan      kuih tradisional.  | Ilmu:Sains    Nilai:   menghargai, bersyukur  EMK:   Kreativiti dan inovasi (Fasa Persediaan)           | 
| LANGKAH 1 (10 MINIT) | Lampiran   1  ‘Lagu   Kuih Tradisional’   Kad   perkataan Kuih   bahulu Kuih   karipap Kuih buah melaka Kuih   keria Kuih   lempeng Kuih   koci Kuih   lepat Lampiran 2 Gambar Kuih | 1.   Murid diminta      mendengar lagu     ’Kuih Tradisional’    untuk kali pertama    dengan penuh     perhatian. 2.   Murid         diperdengarkan      lagu ’Kuih Tradisional’      untuk kali kedua dan      diminta mencatatkan      nama-nama kuih      pada kertas yang     diedarkan    3.   8 orang murid      diminta      menyebutkan     nama- nama kuih     yang telah     dicatatkan  dan      memilih nama kuih      yang disebut dari      atas meja guru     dan menampalnya     pada   papan tulis. 4.   Murid diminta      menyebut nama kuih      yang ditampalkan      sambil diperlihatkan      dengan gambar kuih      yang sebenar. 5.   Murid mendengar      dan mengikut     guru      menyebut     cara bagaimana     kuih yang disebutkan     itu     dimasak sama     ada goreng, rebus,     bakar atau kukus . | Nilai-   berhati-hati Ilmu   – Dunia Muzik EMK:   Kreativiti dan inovasi  (Fasa   Imaginasi) KBT:  Kemahiran Berfikir Kemahiran mendengar BBM: Kad   perkataan Komputer   Riba CD   Lagu | 
| LANGKAH 2 (15 MINIT) | Lampiran   3 Seni   kata lagu Nama-nama   kuih Lampiran   4  Latihan   nama kuih.  | 1.   Murid dibimbing      membaca seni kata      lagu yang      dipaparkan.  2.   Murid membaca      senikata lagu secara      individu dan      kumpulan dengan     sebutan yang betul.  3.   Murid dibimbing      menyanyikan lagu      ’Kuih Tradisional’      berpandukan seni      kata lagu yang     dipaparkan.  4.   Murid diminta      membaca secara      bergilir-gilir nama-     nama kuih yang telah     dicatat dengan     sebutan yang betul       dan     mengkategorikannya     dalam kumpulan kuih     manis atau pedas.  | Ilmu: Pend.Muzik  Nilai: kerjasama  EMK: Kreativiti dan Inovasi (Fasa   Perkembangan)  BBM: Komputer   Riba LCD    | 
| LANGKAH 3 (15 MINIT) | Aktiviti perbincangan kumpulan Jangkaan jawapan Kuih dalam bentuk lain: Kuih lempeng, kuih keria - Empat segi Keria Buah Melaka – bentuk panjang Kuih rasa lain: Jangkaan jawapan Keria pedas Lempeng pedas Karipap manis | 1.Murid   membaca     semula nama-nama     kuih dalam seni kata     lagu yang dipaparkan     oleh guru.  2.   Murid dalam      kumpulan kecil    berbincang nama      kuih lain selain     daripada kuih yang     terdapat dalam     petikan lagu dan     memikirkan cara     mengubah suai rasa     atau bentuk kuih     mengikut kreativiti     mereka.  3.   Wakil kumpulan murid      membentangkan      hasil kerja kumpulan     mereka.  4.   Murid mendengar       guru merumuskan     bahawa     setiap kuih      tradisional boleh     diubah suai mengikut       cita rasa.      Namun mungkin      orang tidak biasa     akan rasanya     | Kaedah   kumpulan Ilmu:   Kajian Tempatan, Matematik  Nilai:Keyakinan   diri, kerjasama EMK:   Kreativiti dan inovasi (Fasa Tindakan) KBT:   Kemahiran berfikir, menjana idea | 
| LANGKAH 4 (20 MINIT) | Lampiran 4 Lembaran   kerja Power point kad suku kata Le   + pat ko     +  ci ka + ri + pap ke + ri + a | 1. Murid dibahagikan      kepada   kumpulan      mengikut   kebolehan      iaitu murid   cerdas     dan   murid        pemulihan untuk      tujuan pengayaan     dan pemulihan.   2. Murid diberikan     soalan    Latihan     . 30 orang 1.   Murid membaca       frasa- frasa yang      terdapat dalam     lembaran kerja      yang diberi.  2.   Murid      mengkategorikan     cara- cara jenis kuih       dimasak. Pemulihan = 5 orang 1.   murid dibimbing      membaca dan      mengeja nama-     nama kuih mengikut      suku   kata. 2. Murid dibimbing        untuk menulis       perkataan pada        lembaran kerja Pengayaan =  Murid yang telah siap akan diberi soalan pengayaan iaitu permainan   mencari perkataan nama  kuih  | Ilmu:   Kajian  Tempatan    Nilai:Keyakinan   diri  KBT:   BCB  KB-menjana   idea  Lampiran   5 Pemulihan Power   point,  kad   sukukata lembaran   kerja Ilmu:   Kajian  Tempatan    Nilai:   Rajin  KBT:   BCB   Lampiran   6 Latihan   pemulihan  Lampiran 7 Pengayaan    Lembaran   kerja Ilmu:   Kajian  Tempatan    Nilai:   berdikari KBT:   BCB  KB-Menjana    idea | 
| PENUTUP (5 MINIT) | Power point Lirik lagu ‘Kuih tradisional’ | Murid menyanyikan lagu Kuih Tradisional dengan   mengikut lirik lagu dan iringan muzik. | BBM: senikata lagu Nilai- kerjasama KBT: Kecerdasan peibagai-Muzik, Visual ruang. BBM Komputer Riba LCD | 
                                       Lampiran 1
“Kuih Oh Kuih”
Ibuku rajin buat kuih
Bermacam-macam jenis kuih
Bahulu, karipap, buah melaka
Bolehku makan sekeluarga.
Kuih, kuih, kuih, kuih, kuih, kuih 2X
Keria, lempeng, koci, lepat
Marilah kawan, mari dekat
Rasalah kuih yang beraneka
Pasti kawan semua akan suka
                            Melodi : Papaku Pulang Dari Kota.
 
 
 
Tahniah... mohon share cikgu.. terima kasih
BalasPadam